Alhamdulillah, walaupun

Alhamdulillah, wasyukurillah. Walaupon agak berat sebab terima macam-macam tapi tetap rasa syukur. Yang datang secara mengejut. Yang datang tanpa diduga walaupun dah tidak mengharapkan sangat. Tapi syukur sangat-sangat. Moga dipermudahkan, aamiin.

Standard

2016 bakal melabuhkan tirainya

Alhamdulillah, sudah hampir penghujung tahun untuk tahun 2016 ini. Apa yang dapat aku katakan, banyak pahit dan manis dalma tahun ini. Banyak ujian dan rintangan yang aku lalui. Apa pun tahun ini, aku bersyukur dianugerahkan ijazah sarjana muda.

Azam untuk tahun hadapan, cuba pertingkatkan lagi diri dari segi duniawi dan ukhrawi. Cuba dekatkan lagi diri dengan Allah swt. Inshaallah.

Standard

Up Coming Convo

Alhamdulillah, selama 3 tahun setengah akhirnya tamat juga pengajian ijazah dalam pengurusan kreatif industri dengan kepujian. Nak dijadikan cerita juga kami adalah cohort yang pertama dan akan dianugerahkan oleh pro cancelor. Fuhhh Bkn senang budak-budak ijazah dianugerahkan oleh pro cancelor.

Lama jugaklah menanam anggur. Dekat setahun ni. tapi dalam masa setahun tu ada lah jugak buat kerja part time. Cari-cari duit skit. Nanti dah konvo harap senang untuk dapat kerja. Haraplah, kalo dak ingat nak buat double degree ja tahun depan. Buat cikgu plak. hehe.

Apa pon tahniah untuk diri sendiri sebab kuat menghabiskan pengajian.

Standard

Kembali kerja

Alhamdulillah rezeki datang, baru habis part time raya dengan Al-ikhsan, datang pula rezeki kembali bekerja dengan UUM membuat projek lama Unitv. Alhamdulillah syukur. Lepas ini harap dapat terus kerja di mana aku mampu berada dalam situasi yang lebih lama. Inshaallah, Aamin.

Standard

Meniti waktu

Alhamdulillah, hari demi hari meniti waktu. Inshaallah akan bt part time di Al-ikhsan di Alor Setar jalan kancut selepas hampir 3 ke 4 bulan menganggur. Bukan memilih kerja tapi aku kalau boleh nak cari kerja yang aku tak perlu bertanya surau di mana ya. Boleh solat pada waktu kerja. Kalo ofis hour tak apa senang sebab tengah hari rehat and 5 or 530 petang dah balik tapi kalau jenis kerja yang shift ni tak banyak syarikat yang memberi kebebasan untuk pekerja menunaikan ibadah solat. Tapi di Al-Ikhsan ini bagus, Tersedia surau walaupun tak seberapa tapi tempat sudah ada dan pekerja boleh solat tanpa ditegur atau dimarahi majikan. Malahan syarikat Al-Ikhsan ini akan hantar uztaz datang jenguk premis-premis mereka di seluruh Malaysia ini. Bertanyakan tentang soalan rukun islam dan iman, soalan asas agama kepada pekerja-pekerja mereka. Amalan yang bagos.

Inshaallah lepas tamat part time ni sambung pulan kontrak di UUM. Bolehlah menyimpan sikit-sikit duit untuk kawin nanti. Bila sudah ada kerja tetap taklah teruk sangat untuk menyimpan.

Standard